Tempatan

Subsidi Telur Dan Ayam Daging: Kerajaan Tidak Mahu Berterusan Subsidi – Alexander Nanta Linggi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) megingatkan supaya masyarakat tidak hanya bergantung kepada subsidi Kerajaan.

“Jangan selama-lamanya bergantung kepada subsidi yang telah diberikan.”

Jelasnya, keadaan semasa mendesak Kerajaan untuk tampil dengan subsidi bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Masalah sekarang sangat drastik. Kerajaan buat banyak pemberian subsidi, hampir 1 bilion nanti untuk telur dan ayam daging sahaja,” jelasnya.

“Jadi Kerajaan tidak mahu berterusanlah subsidi ini,” jelasnya dalam sesi Parlimen pagi ini.

Ucapan beliau dipetik daripada jawapan dalam sesi Parlimen, di mana Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) telah bertanyakan kepada pihak KPDNHEP tentang isu kebergantungan kepada subsidi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: