Tempatan

Badan Pemerhati Risau Pegawai KKM ‘Kantoi’ Jumpa Pemain Industri Tembakau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 — Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyuarakan kebimbangannya hari ini berhubung pertemuan antara dua pegawai kanan Kementerian Kesihatan (KKM) dan wakil dari industri tembakau.

Melalui satu kenyataan, MCTC berkata pihaknya bimbang mesyuarat itu akan menghalang usaha Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan tembakau di dalam negara.

Baca juga:  PrEP & Homoseksual: Kisah Kelamin Kini Jadi ‘Tanggungjawab’ Doktor

Baca juga:  Umat Islam Akan Terus Dimomokkan & Dipermainkan Jika Tidak Bersatu

Baca juga:  Sarawak Mahu Putrajaya Serahkan Pelabuhan Bintulu

Tidak menamakan pegawai itu, namun pegawai kementerian tersebut dipercayai merupakan Ketua Bahagian Kawalan Penyakit.

Lebih menggusarkan apabila gambar mesyuarat dengan tanda ‘pertemuan untuk kerjasama masa depan’  telah dipadam seolah-olah ingin menyembunyikan pertemuan itu.

Oleh itu, MCTC menggesa siasatan dilakukan segera berhubung isu ini oleh pengurusan tertinggi KKM.

Dalam pada itu, MCTC berkata bahawa mesyuarat itu melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perjanjian Kawalan Tembakau yang telah diratifikasi oleh negara itu.

Menurutnya, Artikel 5.3 FCTC telah menyatakan secara khusus langkah-langkah untuk melindungi dasar kesihatan awam daripada kepentingan komersial dan lain-lain kepentingan industri tembakau.

“Ia adalah pemahaman jelas bahawa semua pihak yang terlibat dalam kawalan tembakau bahawa Unit FCTC dalam Kementerian Kesihatan adalah satu-satunya unit yang pejabatnya ditugaskan untuk mengadakan sebarang interaksi dengan industri tembakau; dan itu juga dalam kapasiti rasmi dari segi mengawal selia kawalan tembakau.”

“Pertemuan kedua-dua pegawai ini, yang tidak bersama FCTC dan tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau rasmi dengan langkah kawalan tembakau, dengan pegawai industri produk tembakau menghantar isyarat yang membimbangkan tentang tujuan mereka,” tegasnya.

Sebelum ini, kementerian berhasrat memperkenalkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakan dan Merokok 2022 atau dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) iaitu larangan penggunaan apa-apa jenis produk merokok termasuk rokok elektronik kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya selepas mencapai umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, hasrat kementerian tidak menjadi kenyataan apabila Parlimen telah dibubarkan.

Namun begitu, menteri kesihatan yang baharu, Dr Zaliha Mustafa berkata bulan lalu bahawa beliau berhasrat untuk membentangkan semula Rang Undang-undang itu pada persidangan pertama Parlimen pada 2023 berikutan beberapa kebimbangan mengenai pelaksanaannya yang drastik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: