Antarabangsa

Gempar: California Isytihar Darurat Serangan Monkeypox

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 02 Ogos 2022 – Gabenor California, Gavin Newson semalam mengisytiharkan darurat setelah negara itu diserang jangkitan monkeypox sehingga mencatat sejumlah 5,800 kes.

Katanya, pengisytiharan darurat itu adalah bagi menggalakkan lagi proses vaksinasi monkeypox yang kini sedang merebak ke seluruh negaranya dan diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Memetik sebuah akhbar, California kini merupakan negara yang ketiga mengisytiharkan darurat berkaitan jangkitan itu.

“California sedang menyegerakan usaha bagi memperlahankan jangkitan monkeypox dengan memperkasakan lagi kekuatan ujian kami, pengesanan kontak rapat serta kerjasama yang tinggi daripada komuniti sewaktu pandemik demi memastikan mereka yang paling berisiko menjadi tumpuan kami untuk pemberian vaksin, rawatan dan pantauan,” ujar beliau.

Tambahnya, pengisytiharan itu adalah untuk memastikan pihak perkhidmatan rawatan kecemasan dapat mentadbir vaksin monkeypox yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) sekaligus memperluas lagi proses pemberian vaksin kepada penduduk biarpun kekurangan bekalan vaksin.

“Memperluas pemberian vaksin kepada mereka yang layak dapat membantu dan menyokong usaha vaksinasi setelah menerima dos tambahan daripada Kerajaan Pesekutuan,”

Julai lalu, Jabatan Kesihatan California meminta 600,000 hingga 800,000 dos tambahan vaksin monkeypox bagi memastikan mereka yang layak serta berisiko tinggi menerima vaksin berkenaan.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), sebilangan besar kes monkeypox berlaku kepada mereka yang melakukan hubungan sejenis dengan lelaki termasuk lelaki gay dan biseksual.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan awam sedang menggerakkan usaha menangani kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, San Fransisco menjadi negara pertama yang mengisytiharkan darurat bencana diikuti oleh New York disebabkan peningkatan kes tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: