Tempatan

Sarawak Mahu Putrajaya Serahkan Pelabuhan Bintulu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUCHING, 31 Januari 2023 – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg berkata Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan strategi pembangunan pelabuhan Sarawak secara menyeluruh.

Pelaksanaan strategi pembangunan ini untuk semua pelabuhan di Sarawak mesti merangkumi Pelabuhan Bintulu, yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa negeri, ucapnya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Samalaju Industrial Port Sdn Bhd.

BACA JUGA: Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak

BACA JUGA: 3 Bulan, Jawatankuasa Kaji Dasar Pengajian Tinggi

Menurutnya lagi, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu akan membolehkan Kerajaan Negeri mempunyai pelan induk bagi pembangunan semua pelabuhan di Sarawak dan memastikan setiap pelabuhan dapat memainkan peranan khasnya yang tersendiri.

Langkah berkenaan juga akan membolehkan pelabuhan itu diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri sekali gus dapat mempromosikan perdagangan dan perniagaan serta meningkatkan hubungan perkapalan sebagai hab pengangkutan dan logistik.

Kerajaan Negeri mahu Pelabuhan Bintulu menjadi sebahagian daripada kluster pelabuhan negeri, di bawah Lembaga Pelabuhan Pusat yang akan diperbadankan di bawah undang-undang negeri.

Ujarnya, Lembaga Pelabuhan Pusat baharu itu nanti akan memperkemas dan menyelaras pengurusan, operasi, perancangan dan pembangunan semua pelabuhan yang terletak di negeri Sarawak dan tarif pelabuhan untuk semua pelabuhan di Sarawak akan disemak dan diselaraskan.

Beliau berkata Kerajaan Negeri ingin terus bekerjasama dengan Petronas, sebagai pemegang kepentingan utama pelabuhan untuk mengurus, mengendalikan Pelabuhan Bintulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: