Terkini

COVID Dan Wabak Selsema, WHO Gesa Dunia Tidak Alpa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COPENHAGEN, 25 Oktober 2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada terhadap penularan COVID-19 serta wabak selsema yang semakin memuncak.

“Ini bukan masa untuk berehat,” kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge.

Susulan itu, beliau menggalakkan agar lebih ramai orang untuk mendapatkan vaksin terutamanya sewaktu musim sejuk yang kian menghampiri ini.

“Vaksinasi kekal sebagai salah satu cara kami yang paling berkesan terhadap selsema dan COVID-19,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyeru mereka yang layak untuk mendapatkan suntikan influenza dan penggalak untuk mendapatkannya dengan segera.

Menurut Pusat Kawalan dan Perlindungan Penyakit (CDC), COVID-19 mula dikesan di wilayah Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 apabila sekumpulan pesakit mula mengalami simptom radang paru-paru atipikal yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan biasa.

Pada awal Januari 2020, Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan ditutup susulan kebimbangan dalam penularan semula wabak SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus) atau SARS-CoV-1 2002-2002 dan kes awal dipercayai mempunyai kaitan dengan pasar borong berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: