Tempatan

Jadikan Rokok Budaya Yang Tidak Diterima Masyarakat – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2022 – “KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulis Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di laman Twitternya.

Dalam tulisan beliau itu turut disertakan tangkap layar yang menunjukkan seorang artis tempatan melakukan persembahan peragaan sambil memegang sepuntung rokok sewaktu Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) baru-baru ini.

Kata beliau, pihak KKM memandang serius akan isu melibatkan artis yang mempamerkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

Hal ini kerana, katanya, perbuatan itu memberikan contoh yang tidak baik terhadap masyarakat sekeliling terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja.

Dalam pada itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) turut menyeru semua selebriti di Malaysia untuk menunjukkan contoh yang positif dan berhati-hati dalam segala bentuk tindakan terutamanya di khalayak umum.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan Kepimpinan MBM, Amir Syarifuddin Abdul Majid berkata, selebriti sepatutnya turut sama dalam membantu Kerajaan terutamanya KKM supaya perbuatan merokok mahupun vape ini tidak menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat.

“Apabila sesuatu tingkah laku negatif melibatkan seorang selebriti yang terkenal maka secara tidak langsung membawa pengaruh kepada peminat mereka khususnya yang terdiri dalam kalangan golongan remaja.”

Lantaran itu, beliau mengingatkan para selebriti untuk mengawal diri agar tingkah laku negatif yang dipaparkan itu tidak menjadi ikutan generasi muda negara ini.

Julai lalu, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat yang bertujuan untuk mewujudkan generasi ‘bebas rokok’ atau Generasi Penamat (GEG) di mana mereka dilarang untuk merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Malaysia Organization of Vape Entity (MOVE), Samsul Kamal Arifin Mohd Basir merayu agar produk rokok elektronik dikecualikan dari undang-undang bagi dasar GEG itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: