Ukraine Cuba Hapus Bukti Cipta Virus Dalam Makmal
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
MOSCOW, 15 Mac 2022 – Kementerian Luar Rusia melalui sebuah ciapan menyatakan bahawa mereka berjaya menemukan beberapa dokumen ‘bukti’ bahawa Ukraine sedang cuba untuk menghapuskan bukti-bukti program senjata biologi dari makmal-makmal di Ukraine.
“Dalam sebuah operasi ketenteraan khas, (kami) berjaya mengesan bukti operasi kecemasan ‘mencuci’ yang dijalankan oleh rejim Kiev – bertujuan untuk menghapuskan bukti-bukti program biologi-ketenteraan, di Ukraine, ditaja oleh @DeptfofDefense (Kementerian Pertahanan AS),” ujar mereka.
Menurut laporan the Guardian,Ukraine sememangnya mempunyai makmal biologi yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS), di mana pegawai tinggi AS, Victoria Nuland sendiri telah mengesahkan hal tersebut dalam sebuah mesyuarat antara Senator di AS.
Bukan itu sahaja, ia turut dipercayai bahawa makmal-makmal tersebut mengandungi virus dan patogen-patogen lain yang merbahaya.
Isu ini timbul apabila World Health Organization (WHO) sendiri mengeluarkan amaran kecemasan dan mendesak Ukraine untuk menghapuskan patogen-patogen dari makmal mereka kerana dikhuatiri bahan tersebut akan ‘terlepas’ dan merebak sekiranya makmal dibedil oleh tentera Rusia.
“Sebagai sebahagian dari kerja ini, WHO sangat mencadangkan Kementerian Kesihatan Ukraine dan mana-mana badan bertanggungjawab untuk menghapuskan patogen (kuman/virus) untuk mengelakkan sebarang ‘kebocoran’,” menurut kenyataan WHO.
‘Virus-virus’ tersebut juga diklasifikasikan sebagai sesuatu yang “sangat bahaya” oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor The Independent.