NGO

Anak-Anak Pergi Ke Universiti Sudah Tidak Selamat Lagi – Profesor Madya Dr Khalif Muammar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mei 2022 – Profesor Madya Dr Khalif Muammar menegaskan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan sebuah universiti Islam dengan falsafah pendidikan Islam yang betul serta benar-benar mengangkat agenda umat di peringkat pendidikan tinggi.

Kata beliau, “Kita selamat mungkin mendidik anak-anak kita di peringkat rendah, peringkat pondok, selamat. Tapi bila mereka keluar pondok, mereka pergi universiti, mereka tidak selamat lagi.”

Menurut Profesor Madya Dr Khalif Muammar, ini kerana cabaran pluralisme, cabaran liberalisme itu berada di tahap pendidikan tinggi.

Sedangkan, “Kita sibuk dengan peringkat bawahan,” sehingga lupa bahawa ancaman itu datangnya dari peringkat atasan iaitu ketika anak-anak masuk ke alam universiti.

“Kita ada tak universiti Islam yang betul-betul mengikut falsafah pendidikan Islam? Yang betul-betul mengangkat agenda umat?” soal beliau menyedarkan hakikat kekurangan ini.

Justeru, beliau yang juga Pengarah RZS-CASIS, UTM Kuala Lumpur itu mengingatkan para peserta Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA Islam supaya memberi perhatian kepada peringkat pendidikan tinggi dan melontarkan idea iaitu pembinaan sebuah universiti wakaf umat.

“Kita kena bina universiti wakaf umat.”

Selain itu, Profesor Madya Dr Khalif Muammar turut menyatakan bahawa mencari kekuatan politik untuk membentuk kekuatan itu adalah satu kesilapan.

Menurut beliau, perkara yang patut ditekankan sebenarnya adalah kekuatan pendidikan.

Rasulullah S.A.W. diutus bukan untuk membina kekuatan ekonomi ataupun politik, tetapi sebagai da’i, “Sebagai _litukhrijannassa minazzulumati ilannur_. Itu kekuatan pendidikan yang saya ingin tekankan di situ,” jelas Profesor Madya Dr Khalif Muammar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: