NGO

WIRA PERKASA Kedah Pandang Serius Kejadian Buli Di Sekolah Menengah Di Langkawi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN KETUA WIRA PERKASA NEGERI KEDAH

Dalam tempoh beberapa tahun terakhir ini dapat dilihat bahawa kes-kes buli ditularkan sewenang-wenangnya di media sosial. Apakah pelajar-pelajar kita bangga dengan sikap dan sifat gangsterisme yang dilakukan ?

Kes-kes buli yang ditularkan di media sosial pada akhir-akhir ini sebenarnya menimbulkan satu persoalan yang mungkin boleh dijawab oleh pihak yang berwajib. Adakah mata pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral tidak memberi apa-apa kesan kepada pelajar-pelajar kita ?

Terkini terdapat sebuah video kejadian buli yang melibatkan pelajar-pelajar di sebuah Sekolah Menengah di Pulau Langkawi . Video ini telah menarik perhatian ramai dan membawa pelbagai persepsi daripada netizen mengenai sikap dan perangai pelajar kita akhir-akhir ini.

WIRA PERKASA NEGERI KEDAH memandang serius isu berkaitan buli terutamanya apabila ianya sudah menjadi tular di media sosial. WIRA PERKASA merasa gusar sekiranya berlaku kebimbangan terutamanya dari pihak ibu bapa yang mungkin mendakwa pihak sekolah sudah lepas tangan ataupun cuba untuk menyembunyikan kes-kes seumpama ini bagi mengelakkan rekod sekolah tercalar.

WIRA PERKASA NEGERI KEDAH mengharapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan sebaiknya bagi memastikan tidak akan berlaku lagi kes-kes buli yang seterusnya menjadi tular di media sosial. KPM juga disarankan untuk berhubung rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan pihak yang bertanggungjawab yang menularkan video-video buli itu.

WIRA PERKASA KEDAH dengan setinggi pengharapan menaruh kepercayaan penuh kepada kepimpinan dan kebijaksanaan YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah seumpama ini.

WIRA PERKASA KEDAH juga ingin mengajak pelajar- pelajar yang ingin menjadikan gejala buli ini sebagai budaya hidup agar berfikir panjang sebelum mengambil tindakan yang akan memalukan bangsa terutama dalam menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah yang menaruh harapan yang tinggi kepada kita

Mohd Alif bin Sani
KETUA WIRA PERKASA KEDAH

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: