NGO

Mencari Kekuatan Politik Satu Kesilapan – Profesor Madya Dr Khalif Muammar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 30 April 2022 – Profesor Madya Dr Khalif Muammar berpendapat, adalah satu kesilapan bagi umat Islam disibukkan dalam mencari kekuatan politik untuk membentuk kekuatan.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan perkara-perkara luaran kita tak membangunkan keutamaan dalam bentuk kekuatan yang sepatutnya kita bina itu.”

“Ramai orang berbicara di luar sana kekuatan politik. Saya rasa kita dah berpuluh-puluh tahun mungkin berabad-abad lamanya kita disibukkan untuk mencari kekuatan politik. Itu satu kesilapan bagi saya,” ujar beliau sewaktu dalam Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA ISLAM yang diadakan di Cyberjaya, 17 April lalu.

Menurut beliau, perkara yang patut ditekankan sebenarnya adalah kekuatan pendidikan.

“Yang ingin saya tekankan di sini adalah cabaran pendidikan ataupun kekuatan pendidikan.”

Kata Pengarah RZS-CASIS, UTM Kuala Lumpur itu, Rasulullah S.A.W. diutus bukan untuk membina kekuatan ekonomi ataupun politik, tetapi sebagai da’i.

“Rasulullah diutus sebagai da’i, sebagai _litukhrijannassa minazzulumati ilannur_. Itu kekuatan pendidikan yang saya ingin tekankan di situ.”

Memetik surah Ali Imran, ayat 103 yang menekankan mengenai persaudaraan, Profesor Khalif Muammar berkata, umat Islam sedar bahawa mereka dalam keadaan lemah dan perlu bangkit mencari kekuatan.

Malangnya, tali dan kekuatan persaudaraan itu tidak nampak sangat dalam kalangan umat Islam.

Tambahnya, kalau kita tanya kenapa kita lemah, kenapa musuh kuat, kita kena tahu musuh itu di mana letaknya.

“Kita berpecah itu sebenarnya menunjukkan bahawa musuh itu ada dalam diri kita. Dan kita berpecah kita lemah, bukan sebab musuh kuat, ataupun musuh kuat sebab mereka kuat, tapi sebenarnya sebab kita lemah.”

“Jadi, masalahnya pada diri kita. Itupun pendidikan, yang kita dapat usahakan untuk mengatasi kelemahan yang ada pada diri kita itu dalam bentuk kekuatan dalaman itu.”

“Jadi kalau kita nak betul-betul bangkit, kita kena ada kekuatan yang menyatukan kita, itu pasti,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button