Tempatan

Hari Peradaban Melayu Tidak Patut ‘Hanya Melayu’ – Mustafa K Anuar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Pendukung festival Melayu seharusnya membuka ruang penglibatan bukan Melayu dan warga asing. Mustafa K. Anuar menulis di ruang pendapat sebuah portal, mengkritik pendekatan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang mengumumkan untuk mengadakan festival Hari Peradaban Bangsa Melayu Ahad ini.

Dalam penulisannya 25 Julai lalu, Mustafa berkata Hari Peradaban Bangsa Melayu tidak sepatutnya diadakan untuk Melayu semata-mata, tetapi haruslah diadakan untuk semua masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya.

Mustafa mendakwa PEMBELA ingin mengadakan Hari Peradaban Bangsa Melayu kerana takut akan ‘pencerobohan budaya’ seperti sambutan Bon Odori, walaupun perkara ini telah dinafikan oleh PEMBELA.

“Eksklusivisme dan parokialisme tidak seharusnya menjadi pendorong kepada idea untuk mengadakan festival Melayu ekoran kejayaan acara kebudayaan Jepun.”

Mustafa menekankan bahawa penyokong festival Melayu seharusnya berfikiran terbuka dan acara seperti itu perlu diadakan bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kepada bukan Melayu dan warga asing.

Dalam pada itu, Mustafa turut mendakwa PEMBELA sengaja membangkitkan semangat nasionalisme Melayu atau xenofobia di kalangan mereka yang mempunyai mentaliti mangsa.

Mengulas lanjut, Mustafa berharap agar sambutan Hari Peradaban Bangsa Melayu tidak mengundang kekecewaan pihak lain yang dikatakan menghargai kepelbagaian budaya dan menghayati erti sebenar peradaban.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: