NGO

Vaksin Yang Dikatakan Berkesan Akhirnya Tidak Berkesan – Ustaz Masridzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 03 Mei 2022 – “Lebih dua tahun operasi ini dijalankan kepada rakyat Malaysia, lebih 94 peratus rakyat Malaysia mengambil vaksin dan ternyata asalnya mengikut menteri mengatakan tidak paksa akhirnya bertukar menjadi paksa, yang dikatakan berkesan akhirnya tidak berkesan.”

Kenyataan itu dikeluarkan Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID ketika bercakap di dalam Konvensyen Ulama dan Da’i Pembela Islam pada 17 April yang lalu.

Mengulas lanjut berkaitan vaksin COVID-19, beliau berkata begitu banyak aduan yang diterima oleh pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Post Mortem COVID-19 (GPMC) di gerakan NGOnya terhadap musibah yang menimpa kepada mereka yang terkesan dengan kematian dan kesan sampingan vaksin.

“Dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan, maka terjadi juga kes-kes kematian termasuk surat daripada Pengarah Penjara yang berkaitan dengan 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) di Penjara Kajang.”

Dalam pada itu, beliau berkata janji yang ditaburkan oleh menteri untuk membayar pampasan kepada mereka yang mempunyai kesan sampingan dan kes kematian akibat vaksin masih tidak tertunai kerana kes-kes tersebut tidak dapat dibuktikan akibat vaksin.

“Kalau semua KKM yang buat, bedah siasat dia buat, bagi jawapan pun dia buat, macam mana nak dapat keputusan?” soal beliau.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid) menyeru agar satu memorandum diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dapat menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), iaitu suruhanjaya bebas untuk diberikan penyiasatan yang telus dan bebas daripada badan yang bersifat independent dan juga mewujudkan mahkamah vaksin.

Jelasnya, beliau percaya jika mahkamah vaksin dapat diwujudkan, mereka yang terkesan akibat daripada kesan sampingan ataupun sehingga menyebabkan kematian dapat dibela.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: