Kemasukan Warga Asing Gagal Dikawal – Ustaz Masridzi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 02 Mei 2022 – Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID, baru-baru ini menyatakan bahawa sistem keselamatan negara yang lemah telah mengakibatkan kemasukan warga asing gagal dikawal.
Tambahnya lagi, lebih kurang 100,000 warga asing yang datang ke Malaysia didapati tidak kembali ke negara asal mereka, dan beliau turut mendakwa bahawa warga asing ini diberikan kad pengenalan (I/C).
“Kurang lebih 100,000 warga asing yang masuk ke dalam negara kita didapati tidak pulang. Malahan yang lebih mengejutkan mereka mendapat I/C,” ujarnya.
Tegasnya lagi ketika bercakap di dalam Konvensyen Ulama dan Da’I Pembela Islam pada 17 April baru-baru ini, kegiatan rasuah dalam kalangan institusi kerajaan turut menjadi masalah utama yang menyebabkan kemasukan warga asing secara tidak sah ke dalam negara.
Beliau turut menyentuh tentang nilai integriti dalam kalangan anggota kerajaan yang rendah dan kelihatan terlibat dalam gejala-gejala seperti gejala dadah, dan melindungi premis-premis yang melakukan kegiatan haram.
Ulasnya lanjut, sistem keselamatan negara dari ancaman antarabangsa juga adalah lemah, di mana ruang udara dan laut negara seringkali dicerobohi oleh pesawat-pesawat dan kapal-kapal milik negara asing seperti China dan Israel.