Tempatan

Isu Video Rebus Muslim: Kerajaan Yang Bersumpah Dengan al-Quran & Di Depan YDPA Harus Ambil Tanggungjawab – Ust Masridzi Sat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KAJANG, 30 April 2021 – “Pihak pemerintah, kamu ada jawatan, kamu ada gaji, kamu semua diberi amanah, kamu bersumpah dengan al-Quran, kamu bersumpah di hadapan yang di-Pertuan Agong untuk menjaga agama ini, menjaga keselamatan negara ini, menjaga keselamatan bangsa ini. Sekiranya anda tidak melakukan dan membuat tindakan segera untuk memperbaiki perkara ini atau mengatasi masalah ini, maka anda bertanggungjawab untuk menjawab di sisi Allah SWT nanti.”

Ini merupakan antara peringatan tegas yang dibuat Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi bin Sat selepas selesai membuat laporan polis terhadap Archbishop Kuala Lumpur, Julian Leow bersama-sama dengan lima wakil NGO Islam lain, pada jam 3 pagi semalam.

Jelas beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID MALAYSIA), tanggungjawab menjaga agama Islam adalah tanggungjawab kerajaan yang diberi amanah untuk memerintah.

“Ini sepatutnya kerja kerajaan pemerintah yang bertanggungjawab. Namun, kalau tidak didesak kemungkinan pemerintah akan alpa dan gerakan mereka akan terus berkembang merosakkan akidah, merosakkan agama, merosakkan bangsa, merosakkan negara kita.”

Akan tetapi, demi menjaga generasi umat di dalam negara ini dan generasi umat yang akan datang supaya tidak terpengaruh ataupun rosak daripada serangan-serangan yang dilancarkan oleh gerakan Evangelis Kristian, maka beliau dan rakan-rakan NGO-NGO Islam bekerjasama memperjuangkan perkara ini.

“Atas tanggungjawab untuk menjaga generasi umat di dalam negara ini, dan generasi umat yang akan datang, supaya tidak terpengaruh ataupun rosak daripada serangan-serangan yang dilancarkan oleh gerakan ini, maka kita daripada NGO Islam, kami berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, kami, walaupun tidak bergaji, tidak diberi peruntukan oleh kerajaan.”

PEMBELA bersama-sama lima wakil NGO lain seperti National Alliance For Justice Malaysia (NAJM), Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia, Armada Malaiu Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (NINJA Society) dan Aktivis Busana Melayu telah membuat laporan polis ke atas Ketua Biskop Archdiocese Kuala Lumpur, Julian Leow di IPD Kajang semalam atas kenyataannya yang menimbulkan kemarahan, keresahan serta suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: