NGO

Hina Nabi: Kedutaan India Biadab Dan Halau Kami Macam Anjing Kurap! – Ustaz Masridzi Sat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 – “Pagi tadi kita telah menghantar, kita telah masuk ke pejabat. Kita dah dibenarkan masuk. Tetapi kedutaan ini, menghalau kita keluar buta-buta! Tidak mahu menerima memo kita! Rakyat dalam negara menghantar secara baik, dihalau macam anjing kurap! Nampak tuan-tuan, biadab mereka ini!” Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID merangkap Naib Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), merakamkan kekecewaan beliau dengan sikap Pejabat Kedutaan India yang tidak menghormati hak kebebasan bersuara kumpulan NGO Islam Malaysia yang mahu menghantar memorandum bantahan secara aman.

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-4.10.37-PM-1.jpeg?resize=452%2C306&is-pending-load=1#038;ssl=1

Beliau yang terlibat dan turut serta dalam dua sesi serahan memorandum bersama dengan himpunan NGO-NGO Islam yang lain, merekodkan peristiwa tersebut di dalam ucapannya dalam himpunan selepas solat Jumaat di hadapan Pejabat Kedutaan India Malaysia di sini hari ini.

BACA: Hajarulaswad Itu Adalah Shiv Ling Kami” – Ketua Ekstremis Hindu

BACA: Haramkan Solat Jumaat, Robohkan Masjid Pakai Bulldozer – Pelampau Hindu

BACA: Kes Lelaki Nikah Kambing: MUI Fatwa Murtad Jika Yakin Pernikahan Sah

“Mereka terus lancarkan lagi dengan terus merampas masjid, mereka menghina Muslimah, sehingga Muslimah Islam mahu pakai tudung pun mereka serang, mereka buli dan mereka sakiti! Dan kita melihat golongan ini, tidak berputus asa. Mereka turut menyerang dengan cara yang agresif dan melampau, sehinggalah siri serangan ini, merebak ke negara-negara Islam. Di mana kita di Malaysia juga terkesan dengan perkara tersebut, di mana kita dapat melihat, mereka yang masuk di sini memburuk-burukkan negara kita dan membawa agenda-agenda terrorist seperti LTTE dan sebagainya. Menunjukkan bahawa, kalaulah kerajaan Modi turut mengembangkan pengaruh pelampau-pelampau itu ke negara-negara Islam, nescaya negara-negara dunia akan huru hara!”

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-4.10.38-PM.jpeg?resize=459%2C344&is-pending-load=1#038;ssl=1

Beliau membangkitkan betapa kekejaman serta penindasan demi penindasan yang berlaku ke atas umat Islam India semakin menjadi-jadi di negara tersebut. Beliau turut kesal dan memberi peringatan bahawa elemen-elemen pelampau yang sedang marak di India sedang tumbuh segar di dalam negara ini tanpa diberi perhatian yang sewajarnya.

“Oleh kerana itu, kita tidak cukup dengan hanya menyeru untuk kebangkitan. Boikot ekonomi mereka! Boikot ekonomi mereka! Biar mereka rasa orang Islam ada kuasa untuk mengubah mereka! Allahuakbar!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: