Tempatan

5,000 Gerai Sepanjang Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 April 2022 – Sebanyak 5,000 gerai akan mula beroperasi esok, 3 April 2022 di 72 lokasi bazar Ramadan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan bahawa tempoh operasi bagi setiap bazar akan bermula dari jam 3 petang hingga 8 malam.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi menyusun penjaja yang akan berniaga bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan secara berpusat dan sistematik apabila disediakan ruangan yang lebih kondusif.

“Walaupun selepas 1 April kita masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) lain,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan dengan lebih lanjut dengan berkata, pelaksanaan program tersebut akan dijalankan secara berfasa agar dapat memberi tumpuan kepada lokasi penjaja dalam bandar.

“Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenal di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki.”

“Program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: