Tempatan

1 Malaysia Boleh Solat Tarawih – Datuk Ismail Sabri

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2021 – Kerajaan membenarkan solat Tarawih dilaksanakan di semua masjid dan surau selain pengoperasian bazar Ramadan juga bazar Aidilfitri di semua negeri bermula 13 April ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan ini diputuskan selepas kerajaan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kebenaran operasi perniagaan dan solat Tarawih pada Ramadan tahun ini.

Berdasarkan cadangan awal, bazar Ramadan akan dibenarkan beroperasi bermula jam 3 petang sehingga jam 8 malam dan bazar Hari Raya Aidilfitri bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Bagaimanapun kebenaran yang diberikan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk dipatuhi peniaga dan pengunjung bazar Ramadan dan bazar hari raya ini,” kata Datuk Seri Ismail Sabri.

“Antara syarat utama adalah menjalankannya di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala untuk mereka yang masuk dan keluar serta mengadakan kawalan pengunjung dengan SOP ditetapkan,” tambah beliau.

Untuk makluman, Ramadan tahun ini jatuh pada hari Selasa, 13 April 2021.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button