Bazar Ramadan: Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah
IPOH, 27 Mac 2023 – Kerajaan Perak komited mewujudkan bazar Ramadan dengan konsep mesra alam bagi mengurangkan lambakan sisa sampah yang semakin membimbangkan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, tapak pelupusan sampah berada dalam keadaan kritikal.
BACA JUGA: Malaysia Gesa PBB Tubuh Agensi Pantau Sekuriti Air
BACA JUGA: Purata Harga Ayam Naik – Jabatan Perangkaan
BACA JUGA: YDPA, Permaisuri Agong Bakal Berangkat Ke WP Labuan 31 Mac Ini
Oleh itu, pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan kempen membawa bekas makanan dan minuman serta penggunaan plastik biodegradasi membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.
“Kita akan cuba berbincang dengan peniaga untuk mewujudkan situasi menang-menang yang mana peniaga boleh menawarkan diskaun tertentu kepada pengguna yang membawa bekas sendiri,” katanya selepas melawat bazar Ramadan Stadium pada Khamis.
Bagi menjayakan kempen itu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak swasta menerusi program CSR (tanggungjawab sosial korporat) dengan menyediakan cenderahati kepada pengunjung yang menyahut saranan ini
Katanya, inisiatif ini dapat mengurangkan kutipan sampah antara 20 hingga 30 peratus.