Tempatan

Bazar Ramadhan Guna Sistem Infrared Pantau SOP Pelanggan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 Mac 2022 – Dua lokasi bazar Ramadan di Petaling Jaya bakal menggunakan fungsi sistem Infra-Merah bagi memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 sepanjang bulan Ramadan tahun ini, kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau mengumumkan sedemikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021-2030 dan Sesi Cabutan Bertuah Undi Petak Bazar Ramadan 2022 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

MBPJ memperkenalkan sistem ‘headcount‘ dengan fungsi tersebut di dua lokasi bazar Ramadan yang sering menjadi tumpuan pengunjung saban tahun iaitu di SS 6/1, Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara.

Menurut Datuk Bandar, sistem itu dilengkapi maklumat jumlah keberadaan pengunjung di bazar tersebut dan akan dipaparkan pada paparan papan pemuka (dashboard) di pintu masuk bazar Ramadan.

Maklumat yang diperolehi turut digunakan pihak majlis serta beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi lain dalam pematuhan SOP.

Sehubungan dengan itu, tujuan pihak MBPJ mewujudkan sistem ‘headcount’ adalah bagi memastikan jumlah pengunjung terkawal dengan tidak melebihi dua orang di setiap petak peniaga pada satu-satu masa.

“Bagi kiraan mudah, sekiranya majlis menyediakan 30 petak di sesuatu lokasi itu, jumlah pengunjung dibenarkan masuk hanyalah seramai 60 orang pada satu-satu masa,” jelas MBPJ menerusi hantaran Facebook pada Khamis.

Berdasarkan hasil perolehan data melalui aplikasi MySejahtera, bazar Ramadan di Petaling Jaya menerima 211,026 pengunjung pada tahun lalu, di mana 38,887 pengunjung adalah dari Bazar Ramadhan SS 6/1, Kelana Jaya diikuti dengan Seksyen 4, Kota Damansara dengan jumlah pengunjung sebanyak 29,187.

Tahun ini, pihak MBPJ meluluskan 611 permohonan peniaga bazar Ramadan di 20 lokasi sekitar daerah tersebut yang akan beroperasi mulai 3 April sehingga 2 Mei pada jam 4 petang hingga 7 malam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: