Tempatan

Sisa Makanan Bazar Ramadan Negeri Sembilan Meningkat 15%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Sisa makanan di bazar Ramadan Negeri Sembilan dianggarkan meningkat sehingga 15 peratus iaitu kepada 2,500 tan metrik tahun ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, peningkatan itu adalah disebabkan daripada bilangan bazar Ramadan yang lebih banyak, memetik kepada berita tempatan.

BACA JUGA: Jemaah Boleh Tunai Umrah Sekali Sahaja Bulan Ramadan – MoHU

BACA JUGA: Negara Catat Lebih 1000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

BACA JUGA: Hukuman Sebat Wajar Kekal, Laksana Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

“Kami menganggarkan terdapat peningkatan kira-kira 15 peratus dalam sisa bazar Ramadan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan penganjur bazar untuk melantik kontraktor bagi memastikan sisa makanan dibersihkan daripada tapak bazar dan kemudiannya dihantar ke tapak pelupusan.

Beliau memaklumkan perkara tersebut sewaktu majlis pelancaran MYSaveFood Ramadan 2023 di bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, program MYSaveFood Ramadan 2023 itu telah diadakan selama tiga tahun dan ia bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan di bazar Ramadan.

Jelasnya, inisiatif tersebut dapat membantu dalam mengurangkan sisa makanan di bazar kerana sisa makanan yang masih tidak terjual itu dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Pada tahun lalu, sebanyak 716.5 kilogram makanan berjaya disimpan dan kemudiannya diagihkan menerusi program tersebut, ujar beliau.

“Sehingga kini, seramai 161 sukarelawan telah mendaftar untuk program tersebut.”

“Jumlah sukarelawan kali ini agak tinggi kerana kami telah memperluaskan program ini ke tujuh lokasi bazar Ramadan,” katanya lagi.

Antara bazar Ramadan yang terlibat dalam program tersebut ialah Putra Nilai, Lotus Bandar Baru Nilai, Taman Semarak, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan Bandar Sri Sendayan.

Manakala, pusat pengagihan makanan itu termasuklah Masjid Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Perdana Flat, Surau Rumah Rakyat Nilai, Kolej Kediaman Satu dan asrama USIM, Flat Casuarina Paroi, Flat UDA Ampangan, Rumah Anakku Sayang Rayyan, Maahad Tahfiz Sendayan dan Institut Perguruan Kampus di Bandar Enstek.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: