Tempatan

Haramkan Penjualan Arak Seluruh Negara – Persatuan Hindu Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 04 November 2021 – Persatuan Hindu Pulau Pinang menyuarakan sokongan terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melarang kedai serbaneka dari menjual minuman keras dan menyarankan negeri lain melakukan perkara yang sama.

Presiden persatuan tersebut, P. Murugiah menyatakan kegusaran beliau terhadap bilangan yang tinggi dalam perpecahan keluarga, perbalahan dan tindakan sesetengah pihak mengabaikan keluarga berpunca dari ketagihan minuman keras.

“Banyak badan bukan kerajan (NGO) berusaha membantu menghantar kanak-kanak ke sekolah walhal bapa mereka pula menghabiskan semua wang untuk minuman keras,” tambah beliau lagi.

Beliau turut memuji tindakan cakna kerajaan dalam menaikkan cukai terhadap minuman keras dalam pembentangan Bajet Kerajaan baru-baru ini.

DBKL baru-baru ini telah memperkenalkan peraturan yang melarang kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat-ubatan Cina daripada menjual minuman keras. Namun, larangan ini tidak bersifat mutlak, pembelian minuman keras masih dibenarkan dari jam 7 petang ke 9 malam.

Tindakan DBKL telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, dengan ramai yang menyokong tindakan tersebut kerana bimbangkan kesan buruk apabila akses kepada minuman keras adalah sangat mudah sehingga ramai yang menyalahgunakan kemudahan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: