Tempatan

Jalan TAR Ditutup Setiap Ahad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahmon (TAR) dari persimpangan Jalan Esfahan ke persimpangan Jalan Melayu pada setiap hari Ahad dari jam 6:00 pagi hingga 12.00 malam.

Ini bagi menjadikannya salah satu lokasi bebas kenderaan dan mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah pusat bandar sekali gus ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya rendah karbon.

Berikutan itu, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai yang hendak ke Jalan TAR supaya menggunakan pengangkutan awam seperti Bas GOKL dan LRT (LRT Masjid Jamek atau LRT Bandaraya).

Sebagai langkah percubaan, penutupan jalan ini telah dimulakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad) baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: