Tempatan

DBKL Kaji Cara Jepun Atasi Banjir Kilat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 September 2022 – Untuk mengatasi banjir kilat di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat satu plan strategik termasuklah mencontohi cara penyimpanan air bawah tanah seperti dilakukan di Tokyo, Jepun.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memaklumkan, satu kajian akan dilaksanakan bagi mengenalpasti kesesuaian pelaksanaan inisiatif dengan mengambil kira kesan serta impak keberhasilan.

“Di Tokyo, air ditakung dahulu supaya tidak berlakunya banjir kilat atau air bertakung yang teruk, maka air disimpan di bawah tanah. Kita sedang mengkaji perkara ini melalui perunding yang dilantik untuk mengeluarkan penemuan berkaitan perkara tersebut dalam tempoh empat hingga lima bulan.”

“Ia perlu diletakkan di tempat paling rendah supaya mudah air disalirkan kepada lokasi yang kita kenal pasti sebagai tempat penyimpanan air,” katanya pada Majlis Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022 pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, DBKL kini giat melakukan persediaan rapi terutama dari segi penyelenggaraan dan kebersihan tempat pengairan serta saliran seperti longkang berikutan data taburan hujan jauh lebih tinggi direkodkan di Kuala Lumpur berbanding sebelum ini.

Justeru jelasnya, satu mesyuarat dengan syarikat pembersihan Alam Flora dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dilakukan untuk melakukan persiapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: