Tempatan

MBPJ Guna Sistem Canggih Kawal Masuk Pengunjung Bazar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 07 April 2022 – “MBPJ guna Crowd Controlled System (CCS) untuk kawal kemasukan pengunjung di Bazar Ramadan KJ dan Kota Damansara.”

“Canggih! Kalau dah cukup limit pengunjung, sistem ni akan bunyi siren. So pengunjung dihentikan seketika dari masuk,” kongsi seorang pengguna media sosial, Fareez Azman dalam Twitternya.

Kagum dengan kecanggihan sistem yang digunakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Fareez memuji pihak majlis dengan berkata, “Good job @pjcitycouncil”

Tambah Fareez, sistem CCS itu hanya digunakan di Bazar Kelana Jaya dan Kota Damansara sahaja.

“Bila dah memenuhi kapasiti, amaran berbunyi. Kamera dan sensor akan rekod setiap pergerakan keluar dan masuk dan jumlah pengunjung ditayangkan real time.”

Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Azhan Md Amir seperti dilaporkan Berita Harian berkata, CCS yang dilengkapi papan pemuka itu diletakkan di laluan masuk bazar dan memaparkan jumlah pengunjung di kawasan berkenaan.

“Sistem perintis ini didapati baik dan ia memaparkan tiga tanda warna menunjukkan tahap keberadaan pengunjung.”

“Warna hijau sebagai isyarat pengunjung terawal, warna kuning menunjukkan bilangan pengunjung berada pada separuh kapasiti bazar dan warna merah menunjukkan pengunjung sudah memenuhi kapasiti bazar.”

Menurutnya, sistem CCS ini merupakan percubaan dan inisiatif pihaknya bagi mengawal kesesakan.

“Sistem menggunakan inframerah ini milik syarikat yang menawarkan khidmat dengan kadar sewa bulanan hampir RM20,000,” kata Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau juga memaklumkan, “Segala maklumat pengunjung hanya untuk kegunaan majlis serta agensi kerajaan seperti polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain agensi dalam melaksanakan SOP.”

Leave a Reply

Back to top button