Tempatan

Adat Resam Termaktub Dalam Undang-Undang Bertulis – Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 April 2022 – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain mengatakan bahawa adat resam Melayu merupakan usage and custom yang menjadikannya termaktub dalam undang-undang bertulis.

Jika dilihat menerusi takrifan undang-undang Persekutuan dan Negeri, undang-undang bertulis termasuk dalam undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa masing-masing seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.

Itu menandakan bahawa penerimaan prinsip undang-undang am dan kaedah ekuiti hanyalah sekiranya sesuatu perkara itu belum termaktub dalam undang-undang bertulis.

Menurut beliau, penerimaan prinsip undang-undang am ini adalah tertakluk kepada penduduk setempat kerana undang-undang Islam telah diterima sebagai Law of The Land di Tanah Melayu.

Bukan itu sahaja, beliau berkata keadaan setempat turut mempengaruhi penerimaan undang-undang am ini. Ia termasuklah keadaan-keadaan tempatan dan kedudukan Islam sebagai agama di Negeri-Negeri.

Oleh itu, pemakaian prinsip undang-undang am dan kaedah ekuiti tertakluk kepada elemen tersebut di mana ia hanya boleh dipakai untuk syarat-syarat tertentu sahaja dan tidak boleh dipakai secara bebas.

“Dan pemakaian prinsip common law dan kaedah ekuiti tertakluk as deem necessary with such qualification tertakluk dengan keadaan-keadaan tadi. Dan setakat mana yang perlu sahaja.”

“Sebab itu dalam kes Yap Kuan Seng, mahkamah putuskan bahawa pemakaian undang-undang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Tidak boleh dipakai secara bebas,” ujarnya.

Justeru, undang-undang ini sama ada dalam pentadbiran keadilan atau prinsip kedaulatan, ia bukanlah lahir dari sistem Westminster.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: