Tempatan

Kekal Tenang, Tiada Kerajaan, Sudah Turun Harga Ikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Walaupun kemelut pelantikan Kerajaan Malaysia masih belum selesai dan sudah memasuki hari kelima, bekalan ikan seluruh negara menunjukkan peningkatan sekali gus menyebabkan harga ikan turun.

Lapor berita tempatan, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, orang ramai tidak perlu khuatir mengenai bekalan ikan kerana stok bekalan kepada peraih dan pengguna seluruh negara mencukupi malah harga ikan akan kembali stabil berikutan peningkatan hasil laut itu.

“Alhamdulillah harga ikan ada penurunan dan dalam keadaan terkawal kerana tangkapan hasil laut sudah meningkat. Jadi nelayan-nelayan pun dapat mengurangkan kos mereka untuk turun ke laut,” ujar Abdul Hamid.

Sebelum ini, harga ikan kembung boleh mencecah sehingga RM22 sehingga RM24 sekilogram, namun tinjauan laman web Price Catcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati penurunan kepada harga asal iaitu RM20 sekilogram.

Bukan itu sahaja, harga ikan seperti selayang turut menurun kepada harga serendah RM16 sekilogram daripada RM18 berikutan kekurangan bekalan ikan sebelum ini.

“Masalah bekalan stok yang berkurang sebelum ini pun tidak perlu risau kerana hasil tangkapan nelayan yang semakin meningkat ini banyak dan bekalannya mencukupi untuk semua orang,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: