Piala Dunia Qatar: Kalah Kepada Jepun 2-1, Netizen Hentam Pasukan Jerman Kerana Sibuk Berpolitik
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
DOHA, 24 NOVEMBER 2022 – Pemain bola sepak Jerman yang beraksi di Piala Dunia Qatar telah menerima kecaman daripada peminat bola sepak, di mana para pemain Jerman dikatakan ‘hanya memberi tumpuan pada politik’.
Kecaman tersebut bermula setelah mana pasukan Jerman telah mengalami kekalahan yang mengejutkan oleh pasukan Jepun pada Rabu lalu.
Pemain-pemain Jerman telah membuat sebuah kenyataan ketika sesi penggambaran pra-perlawanan sebelum berlangsungnya pembukaan permainan Piala Dunia itu, di mana mereka telah menutup mulut mereka sebagai tanda protes terhadap halangan yang dikenakan terhadap mereka bagi memakai ikatan lengan anti-diskriminasi.
Ianya setelah itu diikuti dengan kenyataan bersama dari tujuh negara Eropah, termasuk Jerman serta England dan Wales dalam menyatakan pembatalan rancangan mereka untuk memakai ikatan lengan ‘OneLove’ setelah diancam dengan sekatan permainan oleh FIFA.
Ramai para peminat menegaskan bahawa orang-orang Hansi Flick, jurulatih pasukan Jerman berhak untuk kalah kerana terlalu memberi tumpuan hanya kepada politik. Seorang peminat telah menulis,
“Jerman memang patut kalah kerana mereka terlalu obses dengan ikatan lengan pelangi dan berpolitik”.
Persatuan Bola Sepak Jerman kemudiannya telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyokong pasukan mereka dengan berkata “untuk menghalang pemakaian ikatan lengan itu samalah dengan menghalang hak kami untuk bersuara”.