Tempatan

Peniaga & Pekedai Sepakat, Beli Barang Lebih, Dapat Minyak Lebih

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 30 Ogos 2022 – Sesetengah peniaga makanan di negeri ini didakwa bersepakat dengan pekedai untuk membeli barangan dalam jumlah tertentu bagi mendapatkan minyak melebihi amaun sepatutnya, lapor sebuah portal berita tempatan.

“Jika saya beli barang basah dengan nilai RM500, pekedai beri peluang kepada saya untuk membeli tambahan hingga dua, tiga atau empat minyak peket daripada jumlah dibenarkan iaitu tiga sahaja bagi setiap individu,” jelas seorang peniaga yang dikenali sebagai Isa.

Katanya, persepakatan itu terpaksa dilakukan berikutan golongan peniaga ini sangat bergantung kepada minyak masak paket bagi menjalankan perniagaan mereka.

“Kita tak bergantung kepada satu kedai atau pemborong semata-mata kerana bukan semua boleh beri banyak. Ada masanya mereka boleh beri tambahan satu minyak peket sahaja,” jelas seorang lagi peniaga dikenali Izyan Hanafi.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini telah menetapkan peniaga kecil-kecilan hanya boleh membeli minyak masak peket bersubsidi 3 peket sahaja untuk seorang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: