Tempatan

Viral Telur Palsu, Penjelasan KPDNHEP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR: Pada 16 April 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima aduan daripada seorang pengguna yang merupakan pembaca Malaysiagazette memaklumkan telur ayam yang dibelinya dari sebuah kedai yang menjual barangan keperluan membuat kek dan roti di Petaling Jaya disyaki tiruan berdasarkan teksturnya yang liat umpama getah dan rasanya yang berlainan.

Susulan aduan tersebut, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP WPKL telah menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang di bawah seksyen 5(1)(a) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mana-mana orang yang menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi apa-apa barang-barang adalah melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan dengan kesalahan, orang itu ialah suatu

(i) bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(ii) pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00), dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00); atau

Berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh pihak pengadu, KPDNHEP WPKL telah mendapatkan bantuan daripada pejabat KPDNHEP Petaling Jaya untuk membuat pemeriksaan di premis yang diadukan. Pemeriksaan turut dijalankan di premis pembekal telur ayam dan hasil pemeriksaan mengesahkan pembekal telur ayam tersebut ada membekalkan telur ayam kepada premis yang diadu. Kesemua telur ayam yang disita daripada pengadu dan dua rantaian pembekal berkaitan telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa.

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa kesemua sampel telur ayam yang dihantar oleh KPDNHEP WPKL mengandungi DNA ayam dan merupakan telur tulen. Pihak kementerian menghargai aduan yang disalurkan dan berharap orang ramai tidak perlu lagi risau atau panik berkenaan isu telur ayam tiruan.

Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui:

(i) Portal [email protected]
(ii) Call Centre 1800 886 800
(iii) Emel [email protected]
(iv) aplikasi telefon pintar Ez ADU
(v) Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088
(vi) Talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC)
(vii) Whatsapp ke 019- 279 4317
(viii) Lapor/Hadir ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara.

ARIFFIN BIN SAMSUDIN
PENGARAH
PEJABAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

29 MEI 2022

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: