PRU-15

Kemelut Pasca PRU-15, Ego Politik Melebihi Kepentingan Rakyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Berikutan kemelut negara berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10, ahli politik dikatakan begitu mementingkan ego mereka melebihi kepentingan rakyat sehingga berlakunya desakan agar pengisytiharaan darurat dilaksanakan.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Mujibu Abdul Muis berpandangan, faktor terbesar adalah ego mereka, kerana mereka ini masing-masing masih lagi mampu untuk menarik serpihan sokongan untuk membentuk majoriti yang diperlukan, tetapi sehingga kini jelas ia tetap menjadi satu halangan yang besar.

“Kalau Memorandum Persefahaman (MoU) boleh ditandatangani, saya rasa ahli-ahli politik boleh menjangkaui MoU tersebut, cuma masalahnya tidak ada siapa yang sanggup merendahkan tuntutan,” katanya.

Ketidaktentuan politik yang berpanjangan ini sudah sampai ke tahap membimbangkan sehingga orang ramai mengusulkan cadangan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan pelaksanaan darurat.

“Punyalah rakyat di luar sana tidak sabar dan sudah tidak tahan dengan keadaan yang ada sampai mencadangkan hal-hal begini.”

“Siapa juga yang bentuk Kerajaan, mereka perlu selesaikan masalah rakyat.”

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong mana-mana gabungan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk sebuah Kerajaan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan gabungan parti itu berpendirian untuk tidak terlibat dengan penubuhan Kerajaan perpaduan bersama PH selepas keputusan rasmi PRU-15 berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: