Tempatan

Pembelian Gandum Mungkin Akan Dihadkan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa pelbagai strategi diwujudkan untuk memastikan bekalan mencukupi termasuk mengehadkan pembelian jika perlu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat, Yunus Tasim berkata, KPDNHEP tidak memandang ringan isu India menyekat eksport gandum sebaliknya juga mengambil beberapa langkah.

Antara langkah lain yang diambil KPDNHEP selain menghadkan bekalan adalah meneruskan aktiviti pemantauan dengan bantuan 2,200 penguat kuasa di seluruh negara bertujuan memastikan bekalan tepung iaitu bersubsidi dan tidak bersubsidi mencukupi di pasaran.

Tambah Yunus Tasim, tindakan India menyekat eksport gandum dijangka tidak akan memberi tekanan hingga menjejaskan bekalan negara.

Ini kerana menurut beliau, Malaysia tidak mengimport gandum dari India sebaliknya, 80 peratus bijirin itu diimport dari Australia selain Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Gandum yang kita import bukan dari India tetapi pelbagai negara terutama Australia. Kita dapati negara-negara yang kita import tidak mengalami masalah sama (seperti India) dan tidak membuat larangan eksport.”

KPDNHEP mengeluarkan kenyataan tersebut susulan tindakan India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta Sabtu lalu, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Leave a Reply

Back to top button