Tempatan

Individu Sabotaj Bekalan Telur Ayam Bakal Berhadapan Denda RM1 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, individu yang menyorok, menyimpan atau mensabotaj bekalan telur ayam bakal berhadapan denda RM1 juta.

“Peruntukan penalti bagi kesalahan bagi individu akan didenda tidak melebihi RM1 juta atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali dan perbadanan atau syarikat bakal didenda tidak melebihi RM2 juta.”

“Mana-mana peniaga yang cuba untuk mengambil kesempatan menjual barang-barang harga terkawal melebihi harga yang telah ditetapkan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau sewaktu mengadakan lawatan di ST Rosyam, Setiawangsa semalam turut mengingatkan pengguna untuk tidak membuat pembelian panik kerana berdasarkan pemerhatian mendapati telur ayam di rak-rak jualan cepat habis.

“Telur adalah barang cepat rosak, kalau beli hari ini tahan sampai 20 hari sahaja jadi takkan nak simpan lama-lama,” tambahnya lagi.

Lantaran itu, beliau memohon agar pihak pasar raya serta peniaga memberi kerjasama untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kehidupan rakyat berhubung isu bekalan dan harga telur ayam ini.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa terdapat kemungkinan adanya pakatan antara pemborong dan peniaga berhubung isu bekalan telur ayam ini yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian perniagaan membabitkan ideologi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: