Tempatan

Wanita Komedi 15 Juzuk Dapat Sokongan Penderma Seluruh Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 – Siti Nuramira Abdullah, pelawak yang kini berdepan dakwaan menghina agama Islam dalam salah satu persembahan komedinya, dijangka akan mampu membayar wang ikat jamin hasil sokongan daripada dana awam (crowdfunding).

R Sivaraj, peguam bela beliau berkata sehingga pagi tadi sudah pun sejumlah RM 15,000 berjaya dikumpulkan dan beliau yakin jumlah itu bakal mencapai sehingga jumlah mencukupi sepertimana yang diperlukan oleh tertuduh.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah.”

Berita Harian melaporkan bahawa tertuduh telah mendapat sokongan penderma dari seluruh dunia.

Siti Nuramira Abdullah yang tular kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya bagi mendedahkan sebahagian auratnya di atas pentas komedi selepas mengaku telah menghafaz 15 juzuk al-Quran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Tertuduh dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran baru-baru ini telah memohon dana awam sebanyak RM40,000 bagi membayar wang ikat jamin yang dikenakan terhadap mereka sedangkan mempunyai simpanan dalam bank.

R Sivaraj berkata, “Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.”

“Jiran mereka juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: