Tempatan

Lelaki Tular Hina Islam Dicekup Polis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 – Seorang lelaki yang baru-baru ini tular susulan menghamburkan kenyataan menghina Islam di media sosial telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Lelaki tersebut yang tular kerana kenyataan yang menghina Allah S.W.T., Nabi Muhammad S.A.W., dan agama Islam bakal disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setelah videonya menghina agama Islam tersebar, tular pula video yang memaparkan lelaki berkenaan berdiri di hadapan rumah dalam keadaan wajah berdarah berdarah sedang dimarahi individu yang tidak dapat dikenalpasti.

Lapor Awani, Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan memaklumkan bahawa lelaki berkenaan ditahan pada jam 12.30 tengah hari, Ahad baru-baru ini di sebuah rumah di Puchong.

Anbalagan turut memaklumkan bahawa siasatan juga dijalankan terhadap pihak yang dipercayai telah memukul lelaki tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: