Tempatan

Pasangan Komedi “15 Juzuk” Rayu Dana Awam Bayar Ikat Jamin RM 40K

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – Pasangan komedi Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran kini memohon dana awam (crowdfunding) sebanyak RM40,000 bagi membayar wang ikat jamin yang dikenakan terhadap mereka sedangkan mempunyai simpanan dalam bank.

Siti Nuramira Abdullah yang tular kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya bagi mendedahkan sebahagian auratnya di atas pentas komedi selepas mengaku telah menghafaz 15 juzuk al-Quran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Siti Nuramira didakwa atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields pada awal bulan Jun.

Teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran pula didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan memuat naik kandungan jelik yang menyakitkan hati di media sosial.

Tertuduh dikatakan telah memuat naik hantaran tersebut di Instagram dengan akaun bernama ‘greenleafyconnoiseur’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Lelaki itu juga dituduh memuat naik penghantaran yang jelik sifatnya di YouTube dengan nama profil ”Alex &Amy@Insta Greenleafyconnoiseur” pada 16 Jun yang lalu.

Peguam R Sivaraj berkata, “Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.”

“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin.”

Menurut peguam itu lagi, setakat ini mereka telah berjaya mengumpulkan RM3,000 hasil sumbangan NGO, peguam dan orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: