Antarabangsa

Rakyat India, Jangan Tertipu Dengan Islam – Ahli Parlimen Belanda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTREDAM, 29 Julai 2022 – Ahli Dewan Perwakilan Belanda dan Presiden Party For Freedom, Geert Wilders di dalam ciapan terbaru melalui akaun Twitternya baru-baru ini, menasihati rakyat India supaya mempertahankan agama hindu mereka dari ancaman Islam.

“Sahabat Hindu saya di India, kerajaan kamu menyatakan kamu mesti hormat kepada Islam, tetapi Islam tidak ada rasa hormat kepada kamu. Ideologi Islam tidak mencari kebersamaan tetapi mahu mendominasi dan menundukkan. Jangan tertipu, mengaku bahawa ini ialah kebenaran hakiki, dan pertahankan kebebasan dan kehinduan kamu,” dakwa Geert yang sentiasa terlibat dalam tindakan menghina agama Islam sebelum ini.

Geert Wilders yang berdarah kacukan nusantara itu memberi respons sedemikian ketika mana kerajaan India sedang menghadapi tekanan antarabangsa di atas kontroversi-kontroversi layanan teruk dan kejam mereka ke atas umat Islam di negara tersebut. Pelbagai protes dilancarkan di seluruh dunia apabila salah seorang jurucakap parti pemerintah India membuat penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Geert Wilders, yang muncul terkenal melalui kontroversi sama sebelum ini dengan demonstrasi membakar al-Quran sebelum ini, mendapat sokongan warga Twitter India yang bersetuju dengan kenyataan beliau.

Pada 2008, Geert Wilders pernah mendapat kecaman antarabangsa selepas terlibat dalam pembikinan sebuah filem kontroversi bertajuk ‘Fitna’ yang terisi dengan babak-babak yang menghina Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: