Tempatan

Hina Azan Di Pulau Pinang: Tukang Urut Wanita Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SEBERANG PERAI, 30 Jun 2021 – Seorang tukang urut wanita ditahan polis semalam atas kesalahan memuat naik posting menghina azan di Facebooknya.

Wanita tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung satu posting di Facebook seorang pengguna bernama JULIA JJ II berbunyi: “Azan Pulau Pinang Asing-Asing Melalak Serupa Awoo” disertai dengan emoji gambar hidung babi, babi dan anjing.

Terdapat juga kenyataan tanda pagar yang menghina masjid yang dimuat naik individu berkenaan

Akaun Facebook berkenaan kemudiannya didapati telah dipadam.

Ujar Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, seorang pengadu berusia 33 tahun mendakwa melihat kenyataan itu yang menghina azan dan tidak berpuas hati kerana tidak menghormati sensitiviti agama rakyat negara ini

“Perbuatan wanita itu dianggap sangat tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: