NGO

Cepat Kumpul Dana Lepas Hina Islam, Siapa Sebenarnya Mereka Ini? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2022 – “Sebaik sahaja saya membaca berita ini dan mendapat tahu mereka begitu mudah mendapat sokongan kewangan, saya terfikir; siapa sebenarnya mereka ini?” soal Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya terhadap hantaran dari Berita Harian bertajuk ‘Wanita Hina Islam, Dapat Sokongan Penderma Seluruh Dunia’.

Menurutnya, ia menjadi sangat luar biasa kerana mereka mendapat sokongan daripada pihak antarabangsa secara tiba-tiba dan di Malaysia ini tiada sebab untuk orang ramai menyokong tindakan mereka.

Katanya lagi, tidak mustahil jika kehadiran sokongan tersebut adalah daripada badan-badan organisasi mahupun agensi serta kemungkinan ia adalah rancangan daripada negara (Kerajaan) yang berkuasa besar dan proksinya.

Sehubungan itu, ia menjadi persoalan jika insiden berkenaan merupakan perancangan dari pihak-pihak tertentu sehinggakan mereka terlalu berani untuk memaparkan ‘aksi tidak terlalu lawak’ yang sedemikian rupa.

Berikutan itu, beliau menyeru pihak Kerajaan agar menyiasat segala kemungkinan itu agar kita tetap berwaspada terhadap anasir luar yang membawa agenda tidak baik bahkan melibatkan penghinaan dan persendaan terhadap Islam yang merupakan asas utama negara ini.

Lapor Berita Harian baru-baru ini, wanita yang didakwa menghina Islam sewaktu melakukan persembahan komedi di sebuah kelab dekat Taman Tun Dr Ismail di sini dijangka boleh membayar wang ikat jamin yang dikenakan hasil dari sumbangan dana awam.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah,” kata peguambela wanita berkenaan, R Sivaraj.

Kata beliau, pasukan wanita berkenaan dikhabarkan telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangannya di sisi undang-undang.

Leave a Reply

Back to top button