Usul Naik Gaji Ketua Menteri dan Semua ADUN Lulus di Sabah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SABAH, 20 Julai 2022 – Usul kenaikan saraan bagi Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri Sabah diluluskan, di mana kenaikan saraan adalah seperti yang berikut:
• Ketua Menteri: Kenaikan sebanyak RM9,438
• Timbalan Ketua Menteri: Kenaikan sebanyak RM8,349
• Menteri: Kenaikan sebanyak RM6,534
• Speaker DUN: Kenaikan sebanyak RM6,534
• Pembantu Menteri: Kenaikan sebanyak RM5,082
• Timbalan Speaker DUN: Kenaikan sebanyak RM5,082
• ADUN: Kenaikan sebanyak RM3,180
• Setiausaha Politik: Kenaikan sebanyak RM2,178
Lapor Awani, usul tersebut dicadangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di bawah Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022.
Menurut Hajiji, hal tersebut dilihatnya wajar dan implikasi kewangan Kerajaan ditimbang tidak terlalu berat, iaitu sebanyak RM5.6 juta setahun.
Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum akan apa yang diperkatakan oleh masyarakat, namun menurutnya, apa yang penting adalah untuk wakil rakyat dan anggota Kerajaan berkhidmat dengan baik.
“Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskian ini paling penting,” tambahnya seperti yang dilaporkan Awani.