Tempatan

Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – “Dengan mengisytiharkan sesuatu itu sebagai ‘perkara ikonik’ kebangsaan di peringkat antarabangsa, maka ianya adalah pendirian bahawa “inilah identiti rasmi negara” – termasuklah makanan,” menurut Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya.

Kenyataan beliau ini adalah merujuk kepada kekecohan yang berlaku semalam melibatkan seorang Ahli Parlimen kerajaan yang mencadangkan agar sup tulang babi diangkat menjadi makanan kebangsaan secara rasmi.

“Bagi sesetengah orang, ianya nampak seperti cadangan bodoh yang bersahaja secara ‘permukaannya’ tetapi apabila jika diteliti lebih mendalam, sebenarnya ianya KURANG AJAR.”

BACA JUGA: Malaysia Mahu Saman ‘Pewaris Sulu’ & Penaja

BACA JUGA: Sindiket Palsukan Sijil Beranak, Doktor & Pegawai Kerajaan Antara 12 Diberkas SPRM

BACA JUGA: Jenaka Hina Malaysia & MH370: NGO Gesa Halang Pelawak Masuk Malaysia Seumur Hidup

“Ternyata dengan mencadangkan sup tulang babi diangkat sebagai makanan kebangsaan ini memang menunjukkan betapa tidak sensitivitinya beliau terhadap masyarakat umum di Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah Ahli Parlimen berkenaan hendak mengangkat sesuatu yang haram seperti babi sebagai sebahagian dari identiti rasmi negara Islam ini.

“Apakah ini merupakan satu usaha halus untuk menghina negara yang akhirnya menghakis imej dan kedudukannya sebagai sebuah negara Islam yang sohor?”

“Saya tidak boleh bayangkan jika ini menjadi kenyataan. Mana kita nak letak muka di hadapan saudara-saudari kita dari negara-negara Islam? Pastinya akan menjadi bahan jenaka yang menghinakan,”

“Apakah jika ini jadi kenyataan, akan ada banyak lagi yang haram akan menjadi ikon kebangsaan?”

“Arak tempatan mana pula yang boleh dinobat sebagai minuman kebangsaan?”

“Judi apakah yang boleh dinobat sebagai permainan kebangsaan?,” katanya lagi.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan sejak bila sup tulang babi atau Bak Kut Teh menjadi makanan tradisi di Malaysia dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: