Antarabangsa

‘Spiderwoman’ Hina Nabi: Idola S*ks Bukan Johnny Sins Tapi Nabi Muhammad

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Ogos 2022 – Wanita yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mendakwa bahawa dia merupakan ‘nabi wanita pertama’ dan memakai kostum Spiderwoman yang mencolok mata, sekali lagi mencetuskan kontroversi susulan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah video berdurasi lebih kurang 2 minit itu, dia mengeluarkan kenyataan biadap apabila menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan pelakon porno terkenal, Johnny Sins.

“Kalau anda fikirkan, idola s*ks anda sepatutnya bukanlah Johnny Sins, tetapi Nabi Muhammad S.A.W. kamu” ujarnya.

Dia turut mengundang kemarahan dalam video yang dimuatnaik di laman Youtubenya apabila menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai sembilan isteri, bahkan turut meniduri “hamba s*ks” yang ramai.

Perbuatan terkutuk wanita tersebut yang tular di media sosial TikTok (mariam.hadid1) tersebut telah mengundang kecaman pengguna media sosial.

“Tolong laporkan akaun tiktok Mariam Hadid!! Apa yang dia lakukan memang melampau g*la sebagai orang Islam.” Ujar seorang pengguna.

Terdahulu, videonya tular kerana mempersendakan Islam apabila dia memakai kostum Spiderwoman yang mencolok mata sambil mempermainkan solat.

Pengguna internet juga telah bersatu hati dalam mengemukakan petisyan di laman Change.org bagi mendesak TikTok supaya menurunkan akaun tersebut.

Petisyen tersebut boleh didapati di: https://www.change.org/p/to-let-tiktok-ban-mariam-hadid

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: