Tempatan

Dakwa Nabi Wanita Pertama, ‘Spiderwoman’ TikTok Persenda Solat Dan Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – Selepas tular beberapa kes penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., terbaru, tular pula satu video penghinaan terhadap Islam oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya nabi wanita pertama mengenakan pakaian seperti watak adiwira Barat sambil mempersendakan solat dan al-Quran di akaun TikTok miliknya.

Video tersebut memaparkan seorang wanita sedang menunaikan rukun solat iaitu rukuk dengan audio menyebut ‘Allahu Akbar’, namun memakai pakaian adiwira Barat selain pakaian tersebut mencolok mata.

Dalam kapsyen pula, pemilik akaun TikTok @mariam.hadid1 mengatakan bahawa situasi tersebut adalah memberi gambaran sekiranya memakai pakaian yang salah untuk solat.

“Bila kamu pakai abaya yang salah untuk solat.”

Dalam video lain pula sambil mengenakan pakaian yang sama, wanita berpakaian seperti watak Spiderwoman itu membaca surah Al- Fatihah.

Video mempersenda solat dan bacaan al-Quran tersebut telah membangkitkan kemarahan warganet sehingga ramai yang mengajak pengguna-pengguna laman sosial lain untuk melaporkan akaun tersebut.

Di Facebook, seorang pengguna media sosial, Mohd Azahar melalui satu hantaran menyeru orang ramai yang mempunyai akaun TikTok untuk melaporkan akaun @mariam.hadid1 yang juga mendakwa bahawa dia adalah nabi wanita pertama di bio TikToknya.

Mohd Azahar turut menyertakan dalam hantarannya tangkap layar video-video yang menurut beliau, kebanyakan video-video wanita tersebut berunsur penghinaan terhadap agama Islam.

“Untuk siapa-siapa yang ada TikTok mohon lapor akaun ini, dia mengaku dia nabi perempuan dan kebanyakan content menghina agama Islam, jangan biarkan agama Islam dihina…Jadi marilah kita report TikTok dia biar dia tidak lagi membuat content yang menghina agama kita (agama Islam)…”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: