Tempatan

Ujian COVID-19 Ke Atas Semua Pelancong China Sebelum Terbang – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 04 Januari 2023 – Dua pakar virologi meminta agar ujian COVID-19 dijalankan ke atas semua pelancong China sebelum mereka terbang ke Malaysia.

Menurut pakar virologi, Amir Yunus dari Universiti Sains Malaysia, saringan merupakan kunci utama untuk menjauhi varian maut baharu.

BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak
BACA JUGA: Sejuta Pelancong China Menjelang 2023 – MITA
BACA JUGA: COVID-19: Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China

“Ujian sisa air boleh membantu mengenal pasti varian yang sedang menular. Ini memberi kita maklumat awal tentang kemungkinan wabak varian tertentu.”

“Tetapi ujian ini tidak dapat menentukan individu yang membawa virus itu. Jadi, selain persampelan air sisa, semua penumpang perlu melalui saringan mandatori melalui ujian antigen pantas,” kata Amir yang mengalu-alukan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.

Katanya, larangan kemasukan pelancong dari China adalah tidak perlu buat masa ini berikutan terdapatnya vaksin dan sebaliknya pihak berkuasa perlu mendapatkan kemas kini yang terbaru dari China.

Dalam pada itu, seorang lagi pakar virologi dari Universiti Monash, Vinod Balasubramaniam berkata, ujian pra-penerbangan ke atas pelancong adalah langkah yang logik untuk dilakukan.

Ujarnya, pelancong yang berumur dua tahun ke atas dan mereka yang berisiko tinggi harus menunjukkan ujian PCR negatif sebelum keluar dari China.

Vinod yang senada dengan Amir turut mengatakan bahawa ujian air sisa harus menjadi strategi jangka panjang bagi menjauhi varian baharu.

“Menutup sementara sempadan antarabangsa tidak lagi dapat dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya.

Minggu lalu, KKM mengatakan bahawa pihaknya akan menguji sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari China dalam meningkatkan pengawasan genomik varian baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: