Tempatan

Kerajaan Negeri Wajib Ambil Semula Tanah Rizab Melayu Di Tangan Pemilik Tidak Sah – Dato’ Hamidah Osman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

IPOH, 04 Januari 2023 – “Perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Jabatan Audit Negara dan Kerajaan Negeri Perak seharusnya berusaha untuk dapatkan semula Tanah Rizab Melayu (TRM) itu dan dikekalkan sebagai TRM yang dimiliki Melayu,” tegas bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman.

Menurutnya, “Mana boleh tanah yang masih berstatus Tanah Rizab Melayu dipindah milik kepada bukan Melayu kecuali lah tanah itu sudah dibatal status TRM nya.”

Beliau berkata, kesilapan di Pejabat Pendaftar Tanah (PTG) yang kita tak pasti secara sengaja atau tidak ini memang tidak masuk akal dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan maruah orang Melayu.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.

Jelas, tindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 Tanah Rizab Melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.

Dari segi pengesahan kesahihan, Jabatan Audit Negara sendiri turut memaklumkan pencerobohan haram itu dikesan ke atas Tanah Rizab Melayu seluas 309 hektar di daerah Perak Tengah dan Kerian yang diteroka sebagai ladang sawit sejak 20 tahun lalu.

Berikutan itu juga dilaporkan Kerajaan Negeri Perak telah mengalami kerugian berjumlah RM741,945 ringgit dalam bentuk cukai, premium dan denda susulan pencerobohan tanah itu.

Dato’ Hamidah menegaskan, bukankah perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Audit Negara dan Kerajaan Negeri Perak seharusnya berusaha untuk mendapatkan balik tanah berkenaan dan dikekalkan sebagai TRM yang dimiliki Melayu.

“Sebenarnya, ada cara mengikut perundangan untuk dapatkan balik tanah itu tapi disebabkan keegoan MB Perak sebelum ini yang tidak mahu berjumpa dengan kami, usaha tersebut menjadi gagal,” ujarnya.

Jika merujuk Enakmen Rizab Melayu (ERM), Pemegang Amanah atau kepada Pentadbir Rasmi sebagai wakil Melayu dikemukakan untuk didaftarkan kepada mana-mana pihak berkuasa pendaftaran yang betul, pemindahan atau penghantaran itu boleh didaftarkan dan berhubung dengan tanah atau Melayu yang memegang Pemegang Amanah Awam atau Pentadbir Rasmi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai orang Melayu.

19. Urusan yang bertentangan dengan Enakmen tidak sah.

(i) Semua urusan atau pelupusan apa-apa dan semua percubaan untuk berurusan atau melupuskan mana-mana pegangan Melayu yang bertentangan dengan peruntukan Enakmen ini hendaklah batal dan tidak sah dan tiada sewa yang dibayar dalam mengejar apa-apa urusan atau percubaan itu boleh diperolehi semula di mana-mana Mahkamah.

(ii) Tiada tindakan bagi pelanggaran kontrak terletak berkenaan dengan apa-apa urusan dalam atau pelupusan atau apa-apa percubaan untuk menangani atau melupuskan mana-mana pegangan Melayu yang bertentangan dengan peruntukan Enakmen ini.

Jelas, mengikut Enakmen TRM ini, jika berlaku kesilapan sebegini, pindah milik itu dianggap terbatal dan tanah lebih dari 3,000 hektar itu boleh didapatkan semula atau lebih tepat dipulangkan semula kepada yang lebih berhak.

Justeru, besar harapan saya agar Kerajaan Negeri Perak mengambil serius perkara ini dan bertindak untuk selamatkan TRM di Perak dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih rumit kelak,” jelas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: