Antarabangsa

Tiga Kanak-Kanak Palestin Mati, Dihalang Terima Rawatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENANJUNG GAZA, 30 Ogos 2022 – Empat rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak telah meninggal dunia selepas dihalang tentera rejim haram aparteid Israel daripada meninggalkan Semenanjung Gaza untuk menerima rawatan.

Peguam hak asasi manusia Palestin, Samir Zaqout memaklumkan bahawa pihak berkuasa rejim Zionis itu tidak memberikan mereka permit untuk menerima rawatan di hospital luar.

Katanya, “Mangsa terbaru larangan ini ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Farouk Abu Naga, yang meninggal dunia akibat kelewatan memberi permit untuk ke Hospital Hadassah Ein Kerem di Baitulmaqdis untuk menerima rawatan.”

Farouk yang disahkan mengalami atrofi neuron di otak telah menerima rujukan perubatan khas di hospital tersebut kerana kekurangan rawatan yang diperlukan di hospital Gaza.

Permohonan permit kanak-kanak itu kekal dalam semakan pihak berkuasa rejim Israel walaupun telah mendapat kelulusan hospital. Akibat kelewatan memberi permit, Farouk tidak dapat menerima rawatan dan akhirnya meninggal dunia.

Ujar Samir, rejim haram aparteid Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian kanak-kanak tersebut sepertimana yang ditandatangani penjajah itu dalam Konvensyen Geneva 1949, menyatakan kuasa pendudukan bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada penduduk wilayah yang diduduki.

Dalam pada itu, Samir menyeru masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab terhadap penduduk wilayah Palestin dan memaksa rejim haram aparteid Israel menghormati undang-undang antarabangsa, menghentikan pencabulan berterusan terhadap hak pesakit Palestin, membolehkan mereka sampai ke hospital untuk menerima rawatan sewajarnya tanpa sekatan, serta menamatkan kepungan di Gaza.

Tegas beliau, pengabaian tindakan kejam dan pengecualian hukuman terhadap rejim ini mendorong mereka meneruskan lagi pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin.

Samir turut mengecam pengepungan berterusan di Semenanjung Gaza yang telah memasuki tahun ke-15 dan sekatan pergerakan yang ketat terutamanya untuk tujuan rawatan perubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: