Rejim Haram Aparteid Israel Arah Sekolah Turunkan 2,000 Peta Garis Hijau
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAFFA, 26 Ogos 2022 – Kementerian Pendidikan rejim haram aparteid Israel menggesa sekolah di daerah Jaffa, Tel Aviv menurunkan peta Garis Hijau di dalam bilik darjah yang menunjukkan garis gencatan senjata 1949.
Peta tersebut memisahkan antara tanah pendudukan Palestin yang terbentang dari Laut Mediterranean hingga ke Sungai Jordan dan wilayah Palestin di Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis, Bukit Golan Syria dan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Lapor portal media Timur Tengah, mereka meminta majlis perbandaran menurunkan hampir 2,000 peta dari bilik darjah dan menggantikannya dengan peta rasmi yang tidak memaparkan garis gencatan senjata.
Pihak kementerian rejim Israel juga telah melarang penggunaan peta tersebut dan mengatakan bahawa ia tidak diluluskan oleh Kementerian Pendidikan sebagai kajian atau sebagai poster di dinding.
Walaupun begitu, Ron Huldai, Datuk Bandar Tel Aviv dan Jaffa memaklumkan, “Ia penting bagi kami untuk pelajar mengetahui had kedaulatan Israel dan realiti kawasan di mana warga Yahudi Israel dan Arab tinggal bersebelahan di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin.”
Pihak kementerian juga menyifatkan peta garis hijau sebagai peta amatur dan tidak profesional dicipta oleh majlis perbandaran.
“Satu-satunya pihak berkuasa yang berhak menentukan peta Israel ialah Israel,” ujar Chen Arieli, Timbalan Datuk Bandar Tel Aviv.
Sejak perang Timur Tengah 1967, rejim haram Israel telah memutuskan untuk menghapuskan garis hijau pada petanya, menjadikan wilayah Palestin kelihatan seperti sebahagian daripada rejim haram aparteid Israel.