Tempatan

Banjir: Hampir 500 Ribu Penduduk Pakistan Hilang Tempat Berteduh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISLAMABAD, 30 Ogos 2022 – Hampir 500,000 penduduk tinggal di kem selepas kehilangan tempat tinggal dalam banjir yang menyebabkan satu pertiga daripada Pakistan musnah ditenggelami air, berikutan hujan monsun yang tidak pernah berlaku seteruk ini.

Banjir kilat ini telah merosakkan jalan, tanaman, infrastruktur dan jambatan, selain mengorbankan sekurang-kurangnya 1,130 orang serta menjejaskan kehidupan lebih 33 juta penduduk.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan, banjir kali ini turut merosakkan 1 juta rumah.

“Seramai 498,000 orang tinggal di kem bantuan, namun ramai lagi dipercayai tinggal bersama saudara-mara, rakan-rakan, atau di luar sana,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Shahbaz Sharif berkata, kerajaan akan cuba menyediakan perumahan kepada semua yang kehilangan tempat tinggal sebaik saja keadaan reda.

Banjir kali ini merekodkan yang terburuk sehinggakan Pakistan terpaksa merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tampil membantu negara itu.

Bantuan antarabangsa dilaporkan telah mula disalurkan ke Pakistan, dan tentera turut membantu mengagihkan bantuan di kawasan terpencil dan memindahkan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Namun, operasi menyelamat sedikit mencabar kerana lebih daripada 150 jambatan dan banyak jalan raya telah dihanyutkan oleh banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: