Tempatan

UEC: Persidangan Tergempar NGO Melayu Seluruh Negara Malam Ini – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 September 2021 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu persidangan tergempar NGO-NGO Melayu melibatkan kekuatan NGO yang bersama PEMBELA di seluruh negara malam ini.

Pengerusi PEMBELA, Tn Hj Aminuddin Yahaya mengumumkan perkara tersebut hari ini menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook beliau.

“InsyaAllah, kita akan merancakkan pembinaan momentum rakyat menolak pengiktirafan UEC melalui CSA dengan pergi lebih bersasar ke akar umbi masyarakat.

Kita akan membuat koordinasi dengan NGO-NGO di bawah gabungan PEMBELA, rangkaian-rangkaian PEMBELA Kebangsaan dan afiliasi-afiliasi kita di seluruh Malaysia.”

Panggilan persidangan tergempar ini berikutan kemungkinan berlakunya tindakan pengiktirafan UEC oleh pihak kerajaan dan pembangkang melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA).

Persidangan tergempar NGO pada malam ini ialah untuk mendapatkan pandangan NGO-NGO Melayu seluruh negara serta akan menyusun atur tindakan susulan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan undang-undang.

“Saya dan rakan-rakan tidak akan berhenti sehingga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa UEC tidak akan diiktiraf sepanjang mereka memegang tampuk pemerintahan walau apa pun yang berlaku termasuk jika terpaksa hilang sokongan majoriti lagi.

Kerana, sekali UEC berjaya diiktiraf, maka rosaklah dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah lama dibina, pencabulan Perlembagaan Persekutuan, pengkhianatan kepada generasi akan datang dan sebagainya. Ketika itu, mustahil ianya akan dapat ditarik semula.”

Selain PEMBELA, banyak NGO Melayu dan tokoh-tokoh Melayu berpengaruh bangkit menyatakan kegusaran di atas perkembangan terkini percaturan politik dalaman yang sedang dihadapi kerajaan yang memerintah.

NGO-NGO dan tokoh-tokoh Melayu berpengaruh ini rata-rata melihat sebarang bentuk tindakan mengiktiraf UEC sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kerajaan dilihat terpaksa mengadakan satu bentuk perjanjian yang akan melibatkan tuntutan-tuntutan melampau pihak pembangkang termasuk pengiktirafan UEC untuk memastikan mereka mempunyai sokongan yang stabil demi mengekalkan kuasa politik memerintah negara.

Tn Hj. Aminuddin menutup kenyataan dengan seruan supaya semua pihak terus beristiqamah dalam agenda menolak UEC.

Persidangan tergempar malam ini dijangka akan dihadiri NGO-NGO Islam seluruh negara yang bersama PEMBELA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: