Bulan Jun Catat Rekod Cuaca Terpanas Di Dunia – Saintis EU
EROPAH, 09 Julai 2023 – Bulan Jun 2023 mencatatkan rekod bulan paling panas di dunia dengan suhu luar biasa tinggi direkodkan di darat dan laut, lapor Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.
“Di peringkat global, Jun hanya melebihi 0.5C melebihi suhu purata untuk bulan yang sama pada 1991-2020.”
BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk
BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon
BACA JUGA: Fenomena Gelombang Haba, Nasihat Akan Dikeluarkan Jika Suhu Melebihi 37 Darjah Celsius
Menurut para saintis, perubahan iklim digabungkan dengan kemunculan corak cuaca El Nino tahun ini, yang memanaskan perairan permukaan di timur dan tengah Lautan Pasifik, telah mencetuskan suhu yang memecahkan rekod baru-baru ini.
Awal minggu ini, dunia mencatatkan suhu terpanas pada Isnin, 3 Julai 2023.
Dalam laporan berlainan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus.
Kesan daripada fenomena El Nino itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.