Tempatan

Hujan Bukan Petanda El Nino Berakhir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 23 FEBRUARI 2024 – Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz menegaskan hujan yang melanda negeri itu bukanlah petanda berakhirnya fenomena El Nino.

Sebaliknya, taburan hujan sejak awal minggu ini berlaku ekoran angin lemah dari pelbagai hala.

“Hujan bukan petanda El Nino berakhir kerana fasa akhir Monsun Timur Laut  (MTL) mengakibatkan cuaca panas dan kurang hujan tidak semestinya tiada hujan langsung.

“Tetapi apabila lama tidak hujan, suhu maksimum harian akan naik mungkin lebih 35 darjah celsius,” katanya.

Jelasnya, fasa akhir MTL berpotensi menghasilkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama di pedalaman termasuk pantai barat pada waktu petang dan malam di negeri itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di empat kawasan di Kedah termasuk Langkawi dan satu daerah di Sabah.

Agensi itu memaklumkan, daerah lain yang terlibat adalah Padang Terap, Sik dan Baling serta Beaufort di Sabah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: